fbpx

Jemaah Menteri umum Kad Laporan Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kabinet PN.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Ahli Jemaah Menteri untuk mengumumkan Kad Laporan Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari kepada rakyat.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan rakyat menilai pencapaian prestasi para menteri dan kementerian mereka demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Kerajaan meletakkan pencapaian aspirasi tersebut bagi setiap Ahli Jemaah Menteri sebagai keutamaan tertinggi bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 September lalu bersetuju agar Ahli Jemaah Menteri membentangkan laporan prestasi setiap aspirasi masing-masing bagi 100 hari pertama pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinannya.

Menurutnya, 100 hari tersebut bermula dari 1 September lalu iaitu pada hari pertama Mesyuarat Jemaah Menteri diadakan.

Katanya, pelaksanaan inisiatif-inisiatif bagi setiap aspirasi adalah berlandaskan enam teras utama iaitu menstruktur Semula Ekonomi, Menjamin Keselamatan dan Ketenteraman Negara serta Meningkatkan Kesejahteraan Sosial.

Tiga lagi aspirasi, menurut Ismail Sabri ialah Mempertingkatkan Infrastruktur Menyeluruh, Memperkukuh Penyatuan dalam Acuan Keluarga Malaysia dan Memperkasa Penyampaian Perkhidmatan.

“Dalam hal ini, Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) akan bertindak sebagai penyelaras bersama.

“Ia bagi memastikan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan setiap aspirasi Keluarga Malaysia oleh Ahli Jemaah Menteri dapat dijayakan dengan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata, prestasi setiap Ahli Jemaah Menteri akan dinilai berdasarkan tiga elemen utama iaitu Penilaian Prestasi Kementerian atau Jabatan, Penilaian Kepimpinan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif serta Penilaian Persepsi Awam terhadap Ahli Jemaah Menteri dan Kementerian atau Jabatan di bawah tanggungjawab mereka.

Katanya, semua senarai aspirasi dicadangkan tersebut telah dimuktamadkan bersama kesemua 31 Ahli Jemaah Menteri menerusi sesi yang diadakan pada 24 September dan 29 September lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI