fbpx
Gambar hiasan.

Belanjawan 2026: Gaji Jemaah Menteri kekal potong 20 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semua Jemaah Menteri akan kekal membuat potongan gaji sebanyak 20 peratus pada tahun hadapan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, potongan tersebut melibatkan 20 peratus daripada gaji mereka.

Terdahulu, ketika Belanjawan 2025, Anwar mengumumkan tidak menerima gaji manakala menteri kabinet lain serta lantikan politik akan terus dipotong gaji sebanyak 20 peratus.

Beliau berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSU) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) turut secara sukarela menyumbang balik pelarasan gaji tujuh peratus yang ditawarkan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Katanya, langkah itu diambil atas keprihatinan terhadap permasalahan rakyat dan tantangan fiskal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN