fbpx

Gangguan rantaian bekalan faktor harga barang naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gangguan rantaian bekalan berikutan faktor-faktor tertentu seperti penutupan sesetengah kilang berkemungkinan menjadi antara punca kenaikan harga barang terutamanya di kedai runcit.

Penganalisis Ekonomi dan Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, sebelum pandemik, pengusaha kedai runcit ada lebih banyak pilihan pembekal yang dapat menawarkan pelbagai jenis barang pada harga kompetitif.

“Gangguan ini boleh berlaku pada peringkat pengeluar atau pembekal yang mungkin terpaksa gulung tikar atau terkait kes Covid-19 membuatkan peruncit terpaksa mendapatkan bekalan daripada pembekal lain pada harga tinggi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, beliau melihat kecenderungan pengguna membeli di kedai runcit dilihat meningkat kerana orang ramai berwaspada dengan ancaman kemunculan pelbagai varian Co­vid-19 yang lebih ganas.

Presiden Persatuan Peruncit dan Pembekal Bumiputera ­Malaysia, Riswardi Fakirullah Abd. Rajak berkata, trend peningkatan harga barang agak ketara ­sejak awal tahun ini terutamanya ­apabila sektor pengeluaran tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

“Pada pandemik pengeluaran terbatas kerana kilang tidak dapat beroperasi dalam kapasiti maksimum de­ngan sektor yang dikategorikan sebagai sektor perlu dan tidak perlu berkait rapat antara satu sama lain,” jelasnya.

Ujarnya, ini kesan domino apabila industri pembungkusan dan label lengkapi industri makanan.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George turut mengakui bahawa rakyat semakin tertekan kerana lebih banyak mengeluarkan wang berbanding pengaliran wang ke dalam poket mereka dalam tempoh pandemik Covid-19.

Ujarnya, kesan paling teruk pastinya kepada mereka yang telah kehilangan pekerjaan dalam memikirkan perbelanjaan harian mereka sehingga terpaksa mencatu makanan

“Ada yang memberikan alasan disebabkan sekatan tertentu menyebabkan harga naik seperti ikan disebabkan tidak ramai turun ke laut sedangkan itu adalah perkhidmatan perlu.

“Kajian semula corak kehidupan masyarakat perlu dilakukan kerajaan disamping mempergiatkan bakul makanan kepada penduduk,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI