fbpx

Raya sasar jadi operator dron kargo pertama ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dron di bawah POC berkemampuan menerbangkan barangan yang beratnya sehingga 1,000 kilogram.

PETALING JAYA – Penyedian kemudahan logistik tempatan, Raya Airways Sdn. Bhd. (Raya) telah menjalin usaha sama de­ngan Pen Aviation Sdn. Bhd. bagi memulakan program pembuktian pengkomersialan (POC) untuk daya maju komersial penggunaan dron bagi mengangkut barang.

Pengarah Urusan Kumpulan Raya, Mohamad Najib Ishak berkata, ia menandakan pencapaian penting bagi syarikat untuk me­mulakan perjalanan menjadi penyedia perkhidmatan kargo pertama di ASEAN yang mengendalikan kargo menggunakan dron.

“POC yang dijangka bermula suku keempat tahun ini akan meneroka penggunaan dron bagi membantu urusan logistik di pelabuhan, termasuk aktiviti pengedaran barang.

“Selain membantu syarikat beradaptasi dengan perubahan landskap dalam sektor logistik, perkhidmatan ini akan membantu Raya mengoptimumkan kos dan menambah baik ke­lestarian alam sekitar ke­rana dron akan menambah baik kecekapan penggunaan tenaga, seterusnya mengurangkan pembebasan karbon,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Najib menerangkan, pelaksanaan POC tepat pada masanya dan ia akan membuka jalan buat syarikat membina kebolehan untuk menyediakan perkhidmatan buat pasaran rantau Asia Pasifik, dengan flit dron kargo yang berkebolehan menerbangkan barangan yang beratnya sehingga 1,000 kilogram.

“Ia sejajar dengan visi kami untuk memiliki model perniagaan yang lebih mampan terutamanya dalam sektor logistik dan pemeliharaan alam sekitar kerana penggunaan dron mampu memainkan peranan penting dalam mencapai emisi sifar.

“Di luar operasi pelabuhan, kami juga berhasrat memper­kenalkan penggunaan dron dalam bidang pengawasan dan maritim pada masa akan datang,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI