fbpx

Nabil, Ayda dedah wajah Ana Nayla, si puteri sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA dan Nabil hari ini mendedahkan wajah dan nama puteri sulung mereka iaitu Ana Nayla.

PETALING JAYA – Selepas seminggu dilahirkan, pasangan popular. Nabil Mahir dah Ayda Jebat mengumumkan nama dan wajah anak sulung mereka dalam Instagram hari ini.

Menerusi satu hantaran Instagram, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 33, mendedahkan nama puteri sulungnya iaitu Ana Nayla.

“Bismillahirrahmanirahim. Hai semua pak cik dan mak cik! Nama saya Ana Nayla. Anak perempuan Daddy Nabil dan Mummy Ayda.

“Gembira dapat bertemu dengan anda semua. Tolong titipkan doa yang baik-baik untuk saya, terima kasih,” katanya ringkas dalam entri tersebut.

Sementara itu, Nabil turut memuat naik sebuah video pendek berdurasi 18 saat yang memaparkan wajah comel Ana.

Dalam hantaran sama, bekas pengacara HLive itu turut berkongsi akaun Instagram rasmi yang dibuka untuk anak sulungnya itu @ananaylaofficial.

Ayda dalam Instagramnya juga turut memuat naik video sama dengan memaklumkan bahawa sepatutnya bayinya itu dilahirkan pada hari ini.

“Sepatutnya keluar hari ini tapi tak sabar nak jumpa pak cik mak cik. Doakan Ana Nayla supaya sentiasa selamat, disayangi dan menjadi anak yang baik ya,” tulisnya.

Ayda selamat melahirkan anak sulungnya itu secara pembedahan pada 21 September lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid al-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI