fbpx

Impian ‘balik kampung’ makin dekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA-Impian orang ramai untuk pulang ke kampung khususnya bagi berjumpa ibu bapa tersayang dilihat semakin dekat selepas tiada negeri dilaporkan berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.

Ini susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan peralihan fasa bagi negeri Kedah daripada Fasa 1 kepada Fasa 2 hari ini.

Selain Kedah, Lembah Klang dan Melaka juga dibenarkan untuk beralih daripada Fasa 2 ke Fasa 3 berkuatkuasa 1 Oktober depan.

“Berdasarkan keputusan jawatankuasa yang membenarkan peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 bagi negeri Kedah, ia bermakna tiada lagi negeri berada di Fasa 1 di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Buat masa ini, sebanyak enam negeri dikelaskan sebagai Fasa 2 antaranya Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Johor dan Sabah.

Negeri Fasa 3 pula meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka, Perlis, Pahang, Terengganu dan Sarawak.

Negeri Sembilan dan Labuan pula masing-masing ditetapkan dalam negeri Fasa 4.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sebanyak 85.1 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap divaksin setakat pukul 11.59 malam semalam.

Angka itu hanya berbaki 4.9 peratus sahaja sebelum kebenaran rentas negeri dimuktamadkan sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk pulang ke kampung selepas hampir dua tahun terperangkap di kawasan masing-masing. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI