fbpx

Gagal patuhi TTPM, pengarah syarikat dipenjara 3 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah tersebut dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara tiga tahun.

PUTRAJAYA – Seorang pengarah syarikat warga tempatan dipenjara tiga tahun kerana gagal mematuhi award (perintah) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk membayar kepada tiga pihak yang menuntut wang berjumlah RM22,106.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, lelaki berkenaan dikenakan hukuman atas pertuduhan di bawah Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna 1999 – Ketidakpatuhan award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) pada 24 September 2021.

Menurutnya, pendakwaan telah dilakukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP, melibatkan tiga kes saman bagi kesalahan di bawah Subseksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 ke atas Orang Kena Saman (OKS) ke atas seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pengarah syarikat Want To Go Holiday Sdn. Bhd.

“Mengikut fakta kes, tertuduh gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk membayar kepada tiga pihak yang menuntut wang berjumlah masing-masing RM4,999, RM6,228 dan RM10,879.

“Tertuduh didakwa di bawah Subseksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, bagi kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Tambahnya, setelah selesai perbicaraan, OKS gagal membuktikan keraguan yang munasabah di peringkat pembelaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI