fbpx

Dua jentera dibakar dipercayai perbuatan khianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan api pada dua jentera yang dipercayai dibakar di Sungai Malau disini awal pagi tadi bermotifkan perbuatan khianat.

LARUT – Polis tidak menolak kemungkinan kejadian kebakaran membabitkan dua buah jentera berat di Sungai Malau disini awal pagi tadi bermotifkan perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Saat, berkata pihaknya mengesahkan kejadian itu dan turut menerima satu laporan yang dibuat pemilik jentera itu pagi tadi.

Menurut beliau, dalam laporan itu pemilik mendakwa mengalami kerugian RM200,000 apabila jentera pemasak tar dan penggelek jalan miliknya musnah terbakar.

“Siasatan mendapati jentera yang diletakkan di tepi jalan itu telah terbakar dan pihak polis yang menjalankan siasatan awal tidak menolak kemungkinan berlakunya unsur khianat.

“Bagaimana pun siasatan menyeluruh masih dijalankan dan polis meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat tampil membantu,” katanya ketika dihubungi.

Kenderaan yang terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.

Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 1.52 pagi tadi.

Menurut jurucakap itu, kedua-dua jentera musnah kira-kira 40 peratus dan api berjaya dikawal sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan pada pukul 3 pagi tadi. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI