fbpx

Lengkap vaksinasi, Divya Dutta lega dapat kembali berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIVYA DUTTA

PELAKON Divya Dutta menarik nafas lega apabila boleh kembali ke set penggambaran selepas mendapatkan suntikan vaksinasi lengkap.

Pada masa sama, pelakon itu turut menggesa orang ramai supaya berbuat demikian bagi membolehkan mereka untuk menjalani kehidupan normal seperti sediakala.

Ujar pelakon yang kini sedang menjalani penggambaran filem Sharmaji Ki Beti di Mumbai itu, selepas lengkap divaksinasi, dia tidak begitu bimbang untuk berada di tempat awam kerana yakin dirinya telah dilindungi.

“Saya sangat bersyukur selepas lengkap divaksinasi dan tidak begitu bimbang untuk berada di luar. Saya berharap supaya India tidak mengalami gelombang ketiga Covid-19 seperti sebelum ini.

“Justeru saya memohon kepada orang ramai supaya segera mendapatkan suntikan vaksin supaya kita semua boleh kembali bekerja,” katanya.

Biarpun telah mendapatkan vaksin, pelakon itu tetap mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti menjaga penjarakan fizikal dan elak daripada bersentuhan.

“Saya rindu untuk memeluk rakan-rakan pelakon lain. Namun buat ketika itu semua orang perlu mematuhi protokol kesihatan yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI