fbpx

KPDNHEP konsisten tangani isu kos sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyambut baik langkah kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk terus konsisten menangani isu kos sara hidup rakyat melalui aspek kesamarataan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini bagi membolehkan setiap golongan menikmati taraf hidup yang wajar, meningkatkan kuasa beli rakyat dan melonjakkan pendapatan golongan rentan.

“Justeru KPDNHEP melalui Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) akan sentiasa menggalakkan pembangunan iniasiatif dan projek berorientasikan rakyat dan mudah serta cepat dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat.

“Satu pelan tindakan merentas kementerian dan agensi telah dibangunkan sebagai panduan kepada program dan aktiviti yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Alexander berkata, projek sedia ada yang terbukti dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat seperti Community Drumming, Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan serta Barang Kawalan.

Katanya, subsidi meliputi beras, tepung, gula, minyak masak, LPG dan Petroleum akan terus ditambah baik bagi memastikan ia tersalur kepada golongan sasar selain mengurangkan ketirisan.

“Kementerian juga sudah memulakan kajian rasionalisasi subsidi untuk mengenal pasti modul pemberian subsidi yang berimpak dan sampai kepada golongan sasaran,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI