fbpx

Kes aktif terus menurun, 258 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pesakit sedang dirawat dan diasingkan terus mencatatkan penurunan dengan 177,560 kes dilaporkan semalam, menurut laman web CovidNow.

Data yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi itu menunjukkan, daripada jumlah tersebut, sebanyak 147,848 kes dikuarantin di rumah.

“Selain itu, 19,180 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 9,554 kes di hospital, 402 kes di Unit Rawatan Rapi tanpa bantuan pernafasan dan 576 kes di ICU dengan bantuan pernafasan,” menurut maklumat tersebut di sini hari ini.

Berhubung kes kematian Covid-19, sebanyak 258 kes dilaporkan semalam dengan 87 kes kematian sebenar bagi tempoh tujuh hari, menjadikan jumlah kematian sebanyak 25,695 kes.

Terdapat 75 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kes BID di seluruh negara sebanyak 5,097 kes.

Kes kematian tersebut dilaporkan di Selangor (56), Johor (53), Kedah (46), Kuala Lumpur (25), Pulau Pinang (21), Sarawak (19), Sabah (12), Pahang (5), Perak (5), Melaka (4), Kelantan (4), Terengganu (4), Perlis (2) dan Negeri Sembilan (1) manakala, tiada kematian di Labuan dan Putrajaya. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI