fbpx

10,000 pelajar sekolah agama di Perak bakal terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Akmal sedang menyaksikan salah seorang pelajar menerima suntikan vaksin semasa meninjau program vaksinasi di PPV Sekolah Izzudin Shah, pagi tadi.

IPOH – Program vaksinasi remaja negeri Perak akan dipergiatkan selepas ini kepada institusi sekolah agama yang berdaftar dan tidak berdaftar melalui aplikasi Anakku dan MySejahtera.

Terdapat 107 buah sekolah menengah agama, maahad dan madrasah di negeri ini dengan anggaran kira-kira 10,000 pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, program vaksinasi itu akan melibatkan kerjasama melalui Jabatan Agama Islam Perak, Persatuan Maahad Tahfiz al-Quran negeri Perak (Pematap) dan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan.

Menurut beliau, sehubungan itu sokongan ibu bapa sangat penting bagi memastikan pelajar ini dilindungi daripada jangkitan Covid-19 menerusi vaksinasi.

“Melihat kepada keadaan semasa, jumlah kes Covid-19 di Perak menunjukkan trend penurunan dengan 713 kes direkodkan semalam.

“Jumlah pesakit yang ditempatkan di wad rawatan rapi pula 89 orang. Alhamdulilah, ini menunjukkan ikhtiar menerusi program vaksinasi ada kesan positif,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di PPV Sekolah Izzudin Shah, di sini pagi tadi.

Sekolah berkenaan merupakan salah sebuah PPV bagi program vaksinasi remaja negeri Perak di Ipoh dengan kapasiti 1,200 penerima vaksin sehari. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI