fbpx

Pengurus kedai pajak gadai curi barang kemas RM183,960

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman

CHANGLUN – Seorang pengurus sebuah kedai pajak gadai bertindak mencuri barang kemas milik pelanggan bernilai RM183,960 di tempat kerjanya di sini sejak bulan lalu.

Suspek berusia 41 tahun itu kemudiannya didakwa memajak barang kemas tersebut di sebuah cawangan bank di daerah ini untuk memperoleh wang bagi kegunaan peribadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kegiatan suspek dikesan pemilik premis berkenaan pada 10 September lalu setelah meneliti laporan audit perniagaan.

“Perbuatannya juga dikesan televisyen litar tertutup (CCTV) di premis apabila suspek membuat penebusan barang emas tanpa kehadiran pelanggan.

“Selepas mengumpul bukti, pemilik premis membuat laporan polis berhubung kejadian pada 14 September lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut juga mendapati suspek telah mencuri barangan kemas seperti cincin, subang, gelang, loket emas dan rantai yang digadai sejak Ogos lalu.

“Suspek telah ditahan pada Rabu lalu dan direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI