fbpx

Masitah seru pengikut kembali ke pangkal jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masitah (tengah) ketika membaca pengisytiharan taubatnya hari ini.

SHAH ALAM – Semua pengikut ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) diseru kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Seruan itu dilakukan sendiri Ketuanya, Masitah Ab. Jalar, 39, atau dikenali Sittah Annur yang kembali ke pangkal jalan dan akan mengamalkan ajaran Islam berdasarkan sumber pengetahuan dan ilmu yang benar.

Katanya, dia menyedari pelakuannya itu adalah sesuatu penyertaan yang bertentangan dan bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah aliran sunnah wal jamaah dan boleh mencetuskan perbuatan tidak mengikuti atau melampaui aturan Islam sebagai agama yang sempurna dan lengkap.

“Saya juga menyedari penyataan saya mengenai mimpi telah menyebabkan kegusaran awam dan kekeliruan dan kecemasan serta boleh menyebabkan kecenderungan ganggu gugat ketenteraman awam.

“Oleh demikian, saya menginsafi, menyesali dan berjanji kepada diri saya bahawa saya tidak akan mengulangi dengan apa jua cara yang boleh membawa kepada keadaan dinyatakan.

“Semua pihak atau mana-mana individu yang mendengar, mengikuti, mempercayai tentang mimpinya agar segera menghentikan apa-apa bentuk kepercayaan atau keyakinan yang terbina berdasarkan kenyataannya dan kembali kepada Islam yang sebenar,” katanya ketika mengisytiharkan taubat itu hari ini.

Kata Masitah, pengisytiharan taubat dilakukan wanita berasal dari Kelantan tersebut secara ikhlas dan tanpa sebarang paksaan.

“Saya insaf bahawa tiada jalan pintas ke syurga melainkan dengan keyakinan akidah Islam,” katanya. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI