fbpx

Harga telur ayam, itik tertinggi dalam sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Selepas merekodkan harga runcit tertinggi pada bulan lalu, telur ayam sekali lagi melakar sejarah apabila dijual pada harga paling tinggi dalam tempoh sembilan tahun.

Menurut data terbaharu yang diterbitkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini, harga runcit bagi sebiji telur ayam gred A, B dan C masing-masing dijual 45 sen, 43 sen dan 40 sen.

Kedudukan terkini itu juga mengatasi paras direkodkan agensi itu setelah disahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada bulan lepas iaitu 44 sen, 41 sen dan 39 sen.

Begitu juga dengan harga runcit sebiji telur itik saiz besar pada bulan ini yang mencatatkan kadar tertinggi tahun ini iaitu 91 sen, namun saiz sedang jatuh satu sen kepada 79 sen sahaja.

Paras tertinggi harga sebiji saiz besar pernah direkodkan 90 sen pada Mac dan kadar terendah 82 sen pada Jun lalu, manakala saiz sedang pula paling mahal 80 sen bulan lepas. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI