fbpx

Farahdhiya dah seronok kalau dapat ke pasar tani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARAHDHIYA

PETALING JAYA – “Perempuan lain gembira dapat pergi LV (butik Louis Vuitton), saya pula gembira kalau dapat pergi pasar tani.”

Itu antara pengakuan mencuit hati yang dikongsikan penyanyi juga pelakon Farahdhiya menerusi sebuah video masakan dalam Instagramnya.

Ujar Farahdhiya, dia lebih berasa gembira jika dapat menjejakkan kaki ke pasar tani kerana boleh membeli pelbagai barang keperluan dapur untuk dimasak.

“Bila perempuan lain gembira dapat pergi LV, saya seronok dapat pergi pasar tani. Dapatlah beli sayur kampung, siput sedut dan macam-macam lagi,” ujarnya.

Ujar selebriti berkulit putih gebu itu lagi, jika berkunjung ke pusat membeli-belah, dia sukar untuk menemukan barang-barang basah seperti siput sedut dan bahan masakan lain.

Dalam pada itu, Farahdhiya, 37, berkata, lauk yang dimasak itu juga merupakan makanan kegemaran arwah bapanya, Mohd. Amin Zubir yang meninggal dunia pada Januari tahun lalu.

“Lauk kegemaran arwah ayah saya, asam rebus batang keladi dan siput sedut,” tulisnya ringkas.

Perkongsian video masakan oleh pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu turut mendapat banyak pujian daripada pengikut Instagram apabila rata-rata memuji lauk kampung yang dimasak olehnya.

“Sedapnya. Kalau saya mesti bertambah nasi,” ujar salah seorang pengikutnya.

“Lauk kegemaran saya!” kata seorang lagi pengikutnya.

“Pandainya awak masak. Pakej sangat (untuk menjadi isteri),” puji seorang netizen.

Sekadar info, Farahdhiya sering berkongsi resipi nak masakan terutamanya lauk-lauk kampung dalam Instagram miliknya yang dimasak sendiri di rumah, terutama sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI