fbpx

Tapak tanah kubur masih kekal milik orang Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan penduduk Bandar Tasik Senangin mengadakan sidang akhbar di tapak tanak perkuburan itu di Lenggeng, Seremban baru-baru ini.

SEREMBAN – Isu tapak tanah perkuburan Islam di Bandar Tasik Senangin, Lenggeng, di sini sebenarnya tidak berlaku selepas ada dakwaan cubaan pertukaran kepada tanah perkuburan orang bukan Islam.

Perkara itu dimaklumkan Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, J Arul Kumar dalam satu hantaran dalam Facebook miliknya semalam.

Menurut J Arul, tanah tersebut yang telah diwartakan masih lagi untuk tujuan perkuburan Islam dan tiada sebarang pertukaran.

Katanya, isu ambil alih tapak perkuburan itu timbul selepas satu perbincangan yang diadakan untuk memindahkan tapak perkuburan Hindu lama yang terletak kira-kira 200 meter dari tapak berkenaan.

“Sejak seminggu ini ada pihak menularkan tapak kubur Islam di Taman Tasek Senangin ditukar menjadi perkuburan orang bukan Islam.

“Tapak kubur seluas 10.5 hektar itu adalah tanah yang diserahkan pemaju kepada kerajaan untuk tujuan perkuburan yang merupakan salah satu syarat ketika membangunkan kawasan perumahan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai.

Tambahnya, perbincangan untuk menyelesaikan isu tapak kubur Hindu lama yang berusia lebih 50 tahun dipercayai menjadi punca salah faham itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI