fbpx

‘Squid Game’ di stesen MRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua orang lelaki sedang bermain 'Ddakji' seperti di dalam siri Squid Game ketika merekrut peserta telah menarik perhatian orang ramai.

PETALING JAYA – Sebuah video dua orang lelaki sedang bermain sebuah permainan tradisional Korea Selatan ‘Ddakji’ dipercayai di stesen MRT Pasar Seni tular telah menarik perhatian orang ramai semalam.

Menerusi perkongsian oleh @syazwanevans di laman aplikasi TikTok miliknya, memperlihatkan aksi dua orang lelaki yang sedang bermain ‘ddakji’ di stesen MRT Pasar Seni seperti di dalam siri Squid Game ketika merekrut peserta untuk sertai pertandingan.

Berdasarkan video berdurasi 18 saat oleh @syazwanevans, skill pemain dan penganjur dikatakan tidak berbakat dalam permainan ddakji kerana selama satu jam masih tiada pemenang dan ddakji terlihat dilempar hanyalah ke lantai bukan pada ddakji lawan.

Squid Game merupakan siri berasal dari negara Korea Selatan yang sedang ‘trending’ di Netflix ketika ini dan masih menjadi bualan orang ramai di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Susulan daripada perkongsian video itu, telah menarik perhatian orang ramai dan rata-rata pengguna media sosial berasa terhibur dengan skill penganjur dan pemain yang pasti tidak akan ada pemenang sehingga ke akhir.

“Saya baru selesai tengok ‘squid game’ kalau macam inilah penganjur Malaysia main tentunya dia tak dapat rekrut peserta untuk sertai pertandingan,” jelas @Hazimhellmi

“Kenapa yang pakai baju kot itu pun macam tak reti main sahaja, lebih baik saya yang jadi penganjur pertandiangan kalau tukang merekrut orang pun baling ‘ddakji’ kena lantai,” kata @Wanfarahana.

“Saya nak tengok part dia tampar pemain kalau pihak pemain kalah, tapi kalau macam ini keadaanya elok ditampar sahaja dua-dua kalau tak reti main,” ujar @Amirulhakim.

Ddakji, adalah permainan tradisional Korea Selatan yang dimainkan dengan menggunakan kertas yang dilipat dan dilontar kepada ‘ddakji’ lawan sehingga terbalik, sehingga kini perkongsian video itu mendapat dua juta tontonan di Tiktok. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI