fbpx

Pelawak kontroversi, rakan wanita terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penghantar makanan dilanggar sebuah kereta dipandu seorang wanita bersama seorang penumpang yang merupakan pelawak popular tanah air di Jalan Perniagaan Setia Utama, Johor Bahru, lewat malam semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang pelawak lelaki yang terlibat dalam beberapa siri kontroversi baru-baru ini terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan dipandu rakan wanitanya berlanggar dengan motosikal penghantar makanan dalam kejadian lewat malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada pukul 12.43 malam di Jalan Perniagaan Setia Utama, di sini.

Beliau berkata, pelawak berusia 35 tahun dan pemandu wanita berusia 33 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Berdasarkan siasatan awal, kereta berkenaan telah membelok ke simpang kanan jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal jenis Y15 yang datang dari arah bertentangan.

“Pemeriksaan polis mendapati kereta tersebut dipandu seorang wanita bersama penumpang lelaki iaitu rakannya yang merupakan seorang pelawak popular,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Tambah Raub, penunggang motosikal yang melakukan kerja penghantar makanan itu mengalami kecederaan luka di bahagian muka dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Siasatan polis mendapati punca kemalangan akibat pemanduan cuai oleh pemandu kereta semasa hendak membelok masuk simpang.

“Sehubungan itu, tindakan saman telah dikeluarkan ke atas pemandu kereta terbabit di bawah Rule 3(2)(B) LNN166/59,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI