fbpx
NOOR Neelofa Mohd. Noor, kelihatan sesekali memegang perutnya ketika berada di pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban hari ini._- FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

[VIDEO] Neelofa kerap pegang ‘baby bump’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Khabar angin yang mendakwa selebriti sensasi, Noor Neelofa Mohd. Noor sedang hamil semakin bertiup kencang selepas kelihatan kerap memegang ‘baby bump’ ketika hadir di Kompleks Mahkamah Seremban di sini hari ini.

Noor Neelofa yang memakai jubah berwarna kelabu sesekali dilihat memegang perutnya dan sering dipimpin tangan oleh suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail ketika berjalan.

Pasangan selebriti itu hadir di mahkamah pada prosiding sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai permaidani di Nilai, Mei lalu.

Hasil bidikan gambar Noor Neelofa oleh jurukamera Kosmo!, Mohd. Shahjehan Maamin juga menampakkan perutnya yang seakan sedang hamil, namun sehingga hari belum ada pengesahan rasmi oleh Noor Neelofa tentang berita gembira tersebut.

Sementara itu, menerusi Instagram Kosmo! rata-rata orang ramai memberikan komen positif selain mendoakan pasangan sama cantik sama sepadan itu.

“Comel baby bump. Alhamdulillah,” komen @fatin_azman98.

“Perut dah nampak… macam lima atau enam bulan je,” ujar @qisiha. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR