fbpx

Laluan ke Cameron Highlands boleh dilalui kenderaan ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian runtuhan yang menyebabkan laluan Jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands ditutup pada kenderaan sebelum ini. - Gambar hiasan

IPOH – Kenderaan ringan kini boleh melalui Jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands Kilometer 43.95 apabila lencongan di Laluan Persekutuan FT185 itu dibuka hari ini.

Lencongan berkenaan dibina di lokasi kejadian jalan runtuh sebagai laluan sementara bagi kenderaan tidak melebihi lima tan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan memberitahu, pembukaan jalan lencongan sepanjang 450 meter (m) itu tidak melibatkan kenderaan berat.

Menurut kenyataan itu, pengguna kenderaan berat boleh menggunakan laluan alternatif FT59 Jalan Tapah ke Cameron Highlands sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Kerja-kerja kawalan dan pembaikan cerun runtuh sedang giat dilaksanakan di tapak demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

“Pengguna jalan raya juga diingatkan sentiasa mematuhi arahan dan tanda arah lencongan ketika menggunakan jalan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, laluan tersebut ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan kejadian jalan runtuh sepanjang 30 meter akibat hujan lebat berterusan.

Dalam kejadian 17 September lalu, laluan di Seksyen 43.9 ditutup kepada pengguna jalan raya bermula pukul 9 malam. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN