fbpx

Ferrari mula kumpul data aksi di GP Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC akan memulakan perlumbaan di petak terakhir pada GP Rusia ekoran Ferrari menggunakan unit kuasa baharu pada jenteranya. – AGENSI

SOCHI – Pasukan Ferrari mendedahkan bahawa Charles Leclerc akan bermula pada petak ter­akhir menjelang perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Rusia hujung minggu ini selepas melakukan perubahan pada unit kuasa jenteranya.

Ferrari menegaskan mereka akan memperkenalkan sistem hibrid baharu pada perlumbaan di Sochi terutama untuk mendapatkan pengalaman serta data terbaik ketika pasukan Itali itu sedang bekerja keras memba­ngunkan jentera lebih stabil untuk saingan musim 2022 nanti.

Prinsipal pasukan, Mattia Binotto mengesahkan perkara tersebut dan mahu melihat kemampuan unit kuasa baharu mereka sebelum enjin 2022 diperkenalkan secara rasmi tidak lama lagi.

“Pasukan telah bekerja keras sepanjang tahun ini dari aspek teknikal mahupun logistik. Tujuan utama adalah bagi memastikan pasukan dapat menguji lebih awal unit kuasa berkenaan.

“Leclerc akan menjadi pemandu pertama yang akan memiliki sistem hibrid baharu ini. Keputusan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga berkaitan potensi penggunaan bateri baharu yang sebelum ini rosak ketika kemalangan di GP Hungary.

“Disebabkan perubahan ini, Leclerc akan bermula di grid terakhir perlumbaan.

“Ketika ini tumpuan hanya diberikan kepada Leclerc sahaja manakala pembaharuan unit kuasa Carlos Sainz akan dibuat selepas penilaian keseluruhan dibuat,” kata pasukan dalam satu kenyataan semalam.

Pada musim ini pasukan itu masih belum berupaya untuk meraih kemenangan dan hanya berjaya meraih penamat podium tempat kedua terbaik menerusi Leclerc di GP British, manakala Sainz berjaya menamatkan sai­ngan tempat kedua di Monaco. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI