fbpx

Makmal dadah di kondominium mewah diserbu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada dadah dan peralatan digunakan untuk memproses bahan terlarang yang dirampas polis. /FOTO IHSAN PDRM

KUALA LUMPUR – Tindakan satu sindiket memproses dan mengedar dadah yang menjadikan sebuah kondominium mewah sebagai makmal memproses bahan terlarang itu tidak berpanjangan setelah pihak polis menyerbu premis berkenaan di Mont Kiara, di sini Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Latif berkata, serbuan dilakukan oleh pihak JSJN Bukit Aman susulan maklumat dan risikan yang dilakukan.

“Pemeriksaan dilakukan mendapati premis berkenaan dijadikan sebagai makmal haram bagi memproses dadah jenis heroin dan pasukan serbuan telah berjaya menangkap empat lelaki tempatan berusia 21 hingga 49 tahun.

“Pihak polis turut merampas dadah jenis heroin 11.95 kilogram (kg) bernilai RM160,130 dan kafien (25 kg) bernilai RM8,500 termasuk beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut dirampas adalah empat buah kenderaan masing-masing Proton Myvi, Proton Perdana, Nissan Navara dan Toyota Harrier.

Menurut beliau, hasil soal siasat yang dilakukan ke atas suspek yang ditahan telah membawa pihak polis ke sebuah kuil di Taman Bamboo, Jalan Ipoh di ibu negara dan sebuah stor ternakan anjing di Kampung Baru Subang di Shah Alam, Selangor.

“Dalam dua serbuan berkenaan pihak polis telah berjaya menahan empat lagi suspek warga tempatan berusia 34 hingga 43 tahun yang disyaki mempunyai hubung kait dengan aktiviti sindiket tersebut.

“Dua daripada suspek didapati positif dadah jenis THC manakala enam lagi negatif dan semakan rekod mendapati enam suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah,” jelas beliau. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI