fbpx

Lelaki temui ‘wajah makhluk asing’ pada gunung di Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ukiran tersebut adalah wajah makhluk asing dari sudut sisi. - gigapan.com

TAIPEI – Seorang lelaki di Taiwan  percaya bahawa dia telah menemui ukiran wajah makhluk asing pada batuan di sebuah  gunung di Planet Marikh, lapor akhbar Daily Star semalam.

Scott C Waring merakam penampakan wajah aneh  itu baru-baru ini.

Dia percaya bahawa ukiran tersebut mungkin berusia sehingga 10,000 tahun dan boleh menjadi bukti bahawa terdapat kehidupan lampau yang menghuni planet itu.

“Saya menjumpai wajah makhluk asing kuno yang diukir daripada pandangan sisinya di atas sebuah gunung.

“Wajah itu dibina di lereng gunung dan mirip arca-arca Presiden Amerika Syarikat yang diukir pada  Gunung Rushmore Melihat kepada permukaannya, saya fikir ini berusia lebih 10,000 tahun,” katanya.

Tambah Waring, wajah itu memberikan gambaran tentang wajah makhluk asing di Marikh.

Dia juga menganggap makhluk asing itu sebagai pintar kerana mengukir wajahnya pada bahagian sisi gunung itu.

“Ini merupakan bukti yang tidak dapat disangkal lagi bahawa kehidupan pintar pernah menghuni planet Marikh,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI