fbpx

Enam kluster baharu Covid-19 di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Sebanyak enam kluster baharu Covid-19 dicatatkan di Perak sepanjang 24 jam lalu iaitu iaitu Kluster Masjid Kampung Baharu Tanjung dan Kluster Jalan Baharu Satu di daerah Kinta.

Turut dikesan ialah Kluster Bukit Salim di Larut Matang Selama, Kluster Lintang Bayan Lepas (Kerian), Kluster Batu 4 Tapah (Batang Padang) dan Kluster Air Panas Gerik (Hulu Perak).

Jabatan Kesihatan negeri (JKN) Perak memberitahu, kesemuanya adalah kluster tempatan kecuali kluster Lintang Bayan Lepas yang mencacatkan satu kes.

“Kluster Masjid Kampung Baharu Tanjung merekodkan 18 kes, Kluster Jalan Baharu Satu (16), Kluster Bukit Salim (12), Kluster Air Panas Gerik (15) dan Kluster Batu 4 Tapah (tiga).

“Kluster Batu 4 Tapah dari Batang Padang turut direkodkan di daerah lain seperti masing-masing satu kes di Hilir Perak dan Kampar serta Perak tengah (empat),” menurut kenyataan pada laman Facebook JKN Perak.

Sehingga semalam jangkitan Covid-19 di Perak mencatatkan sebanyak 1,490 kes baharu dengan 21 kluster aktif serta merekodkan 18 kematian.

Empat daerah tertinggi adalah di Kinta iaitu 648 kes diikuti Larut Matang Selama (199), Manjung (165) dan Kerian 70. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI