fbpx

SAC Shahurinain dilantik Ketua JSJ Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYOB KHAN memakaikan pangkat SAC kepada Shahurinain yang dilantik sebagai Ketua JSJ Johor yang baharu berkuat kuasa esok. - Foto IHSAN POLIS JOHOR

JOHOR BAHRU – Senior Asisten Komisioner Shahurinain Jais dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor yang baharu.

Beliau menggantikan Senior Asisten Komisioner Datuk Md. Yusof Ahmad yang akan menamatkan perkhidmatannya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa esok.

Shahurinain sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua JSJ sejak April tahun lalu dan dinaikkan pangkat mengetuai jabatan tersebut.

Berucap pada majlis tersebut, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Md. Yusof kerana telah banyak membantu beliau dan PDRM Johor dalam penugasan kepolisian khususnya dalam menangani jenayah di Kontinjen Johor.

“Sekalung tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Shahurinain sebagai Ketua JSJ Johor yang baharu atas pemangkuan pangkat ke Senior Asisten Komisioner (SAC).

“Semoga dapat menyambung legasi yang ditinggalkan dan terus memberi sumbangan dalam memastikan Kontinjen Johor sentiasa berada dalam keadaan aman dan selamat,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI