fbpx

Premium outlet bakal dibuka di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARIS NAJHAN (duduk, kiri) menandatangani perjanjian cadangan pembinaan projek komersial bersepadu di Langkawi sambil disaksikan oleh Tengku Zafrul (kiri, belakang) di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – BDBMBI Langkawi Ventures Sdn Bhd (BDBMBI), syarikat usaha sama di antara Bina Darulaman Berhad (BDB) dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bakal membangunkan sebuah projek pembangunan komersial bersepadu di Langkawi.

Projek yang terletak di kawasan seluas 16.39 hektar di Padang Matsirat itu akan turut melibatkan pembangunan Premium Outlet, lot perniagaan, makanan dan minuman serta kemudahan rekreasi kepada pelancong dan juga masyarakat setempat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim berkata, projek berkenaan dibahagikan kepada beberapa fasa dan BDBMBI akan memfokuskan kepada pembangunan fasa satu dan dua terlebih dahulu yang melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM817 juta.

“Keseluruhan pembangunan memfokuskan kepada konsep membeli- belah yang dihiasi dengan kawasan hijau serta struktur bangunan yang melambangkan kebudayaan ikonik Melayu.

“Pembangunan fasa satu bakal dikenali sebagai Malaysia Designer Outlet yang me­nempatkan lot fesyen tempatan, pelbagai restoran masakan fusion berkonsepkan eksklusif .

“Projek tersebut akan mula dibangunkan bulan depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis menandatangani perjanjian cadangan pembangunan Langkawi Premium Outlet antara BDBMBI dan LADA semalam.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Faris Najhan menjelaskan, sehingga kini, hampir 90 peratus usahawan di sekitar Langkawi serta Semenanjung Malaysia telah mengesahkan penglibatan mereka dalam perniagaan di fasa satu.

Tambah beliau, fasa dua yang juga merupakan jantung projek tersebut akan menyaksikan pembangunan Premium Outlet di atas kawasan seluas 11.6 hektar yang akan bermula pada Januari 2022 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Mac 2024.

“Projek fasa dua bakal menawarkan hampir 1,400 peluang pekerjaan,” terang beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI