fbpx

Raja Norway berangkat pulang selepas prosedur di hospital selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerbangan Medevac Scandinavian Airlines yang dipercayai membawa pulang Raja Norway, Raja Harald V berlepas dari LTAL, tengah hari tadi.

LANGKAWI – Raja Norway, Raja Harald V yang dirawat di Hospital Sultanah Maliha (HSM), di sini sejak Selasa lalu dilaporkan telah berangkat pulang dengan pesawat Scandinavian Airlines, tengah hari tadi.

Tinjauan di hadapan HSM mendapati baginda dipercayai meninggalkan pekarangan hospital pada pukul 12.25 tengah hari dengan ambulans serta kenderaan rasmi Kedutaan Diraja Norway bersama polis pengiring.

Rombongan pengiring tersebut turut dilihat memasuki Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sebelum terus ke landasan kapal terbang.

Pesawat pemindahan perubatan (Medevac) tersebut kemudian berlepas meninggalkan LTAL pada pukul 1.03 tengah hari tadi.

Media antarabangsa pada semalam melaporkan prosedur memasang alat perentak jantung dilakukan kepada baginda berjaya.

Sebelum ini, akhbar ini memetik laporan media antarabangsa, raja tertua Eropah itu kini dirawat di Malaysia kerana mengalami jangkitan semasa lawatan peribadinya, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI