fbpx

Firdaus Wong dikecam selepas dedah bukti serangan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video klip Bro Firdaus Wong di laman Facebook kelmarin.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Firdaus Wong mendakwa menerima kecaman daripada orang ramai selepas mendedahkan bukti daripada mangsa serangan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal baru-baru ini.

Firdaus Wong melalui hantaran di Telegramnya berkata, sejak menggunakan platform media sosialnya bagi membangkitkan isu pemangsa seksual, pelbagai cacian turut diterima namun pedakwah itu tetap berpegang teguh mahu menegakkan kebenaran.

“Semalam, buat pertama kali saya mendedahkan bukti daripada seorang mangsa serangan seksual melibatkan individu yang mendakwa dirinya sebagai seorang pendakwah terkenal.

“Semua bukti yang didedahkan telah dihantar sendiri oleh mangsa berkenaan yang meminta bukti-bukti itu dikongsikan pada umum untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat,” katanya di sini.

Selain itu katanya, mangsa juga telah memintanya berkongsi semua bukti berkenaan bagi menggalakkan lebih ramai mangsa untuk tampil membuat laporan polis.

“Mangsa juga telah buat laporan polis dengan semua bukti telah diserahkan untuk disiasat.

“Selepas berbincang dengan penasihat syariah dan pakar perundangan, Alhamdulillah mereka mengizinkan semua perkongsian itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan undang-undang,” jelasnya.

Katanya, kesemua mesej serta bukti tersebut telah dilihat oleh mata kepalanya sendiri daripada perbualan melalui WhatsApp mangsa dan bukan sekadar mendengar kata pihak ketiga.

“Saya terpaksa berkongsi di saluran telegram kerana pada pandangan saya, mesej-mesej bertulis itu mempunyai elemen lucah melampau yang mungkin menyebabkan Facebook atau Instagram saya dipadamkan apabila ada individu yang membuat laporan.

“Saya bersiap sedia sepenuhnya sekiranya ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman,” tambahnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI