fbpx

Unit angkasa lepas AS diawasi makhluk asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pangkalan Angkatan Angkasa Buckley di Aurora, Colorado. - Denver Post

WASHINGTON – Sebuah unit angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) yang ditubuhkan oleh bekas presiden, Donald Trump didakwa sedang diawasi oleh makhluk asing, lapor akhbar The Sun, semalam.

Dinamakan Angkatan Angkasa Lepas, unit itu ditugaskan untuk melindungi satelit AS yang mengelilingi Bumi. Namun, terdapat dakwaan objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar  di ibu pejabatnya sekali gus menimbulkan dakwaan bahawa makhluk asing sedang memerhati manusia.

Pakar UFO, Jason Suraci  merakam beberapa bebola aneh di ruang udara pangkalan Angkatan Angkasa Lepas Buckley di Aurora, Colorado.

Objek  tersebut kelihatan berubah bentuk sementara yang lain mirip piring UFO yang dirakam   oleh juruterbang Tentera Laut AS.

“Ini adalah piring terbang UFO yang saya lihat sebelum ia hilang di balik awan. Ia bukan dron, belon atau sejenis pesawat,” tegas Suraci.

Angkatan Angkasa yang pertama kali diwujudkan dalam tempoh lebih 70 tahun, berada di bawah kuasa Tentera  Udara AS dan dilancarkan pada  2019. –  Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI