fbpx
NASKHAH Squid Game kini trending dalam Netflix.

Ramai rakyat Malaysia ‘volunteer’ nak masuk Squid Game

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Squid Game kini bukan hanya menduduki tangga nombor satu senarai Top 10 perkhidmatan penstriman, Netflix bahkan siri popular Korea Selatan itu masih trending dalam Twitter sejak memulakan tayangan 17 September lalu.

Biarpun menyedari siri berkenaan sekadar fiksyen, ramai rakyat Malaysia yang menawarkan diri secara sukarela untuk menyertai pertandingan yang meragut nyawa tersebut andai permainan itu benar-benar wujud.

Terbawa-bawa dengan perjudian maut siri berkenaan ke dalam kehidupan realiti, ciap seorang netizen dalam Twitter: “Sembang nak masuk Squid Game, lepas peperiksaan Matematik Tambahan pun koyak.”

Beberapa pengguna Twitter lain menciap: “Bagus (doh) Squid Game ini nanti aku nak masuk acara tarik tali.

ANTARA permainan yang membuat jantung berdegup kencang dan tak senang duduk dalam siri Squid Game.

“Siapa nak join saya masuk Squid Game. Duit berkepuk-kepuk sia masuk.”

Di sebalik ulasan positif dengan markah tinggi terhadap siri arahan sutradara, Hwang Dong-hyuk itu, tidak kurang, ramai yang mempersoalkan penamat atau pengakhirannya yang sedikit mengecewakan.

“Pengakhiran Squid Game sangat menyakitkan hati. Produksi boleh sahaja tamatkan untuk satu musim tapi saya rasa apa yang saya dapat daripada siri ini adalah watak utamanya seorang bapa yang teruk,” ciap seorang netizen.

“Squid Game patut diakhiri dengan penamat yang lebih bagus tapi entahlah. Perlahan sedikit kena banyak ‘skip skip’ (lompat dari satu babak ke satu babak lain),” ciap seorang netizen lain.

Squid Game yang dibintangi pelakon handalan Korea Selatan seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Jung Ho-yeon, Lee Byung-hun dan Gong Yoo menceritakan tentang 456 peserta dengan  masalah hidup tersendiri direkrut dalam satu siri permainan kanak-kanak yang meragut nyawa.

Antara permasalahan yang dihadapi peserta termasuklah hutang keliling pinggang, menjadi pelarian, mencari rezeki di negara orang dan permasalahan mental.

Hadiah kemenangan keluar hidup-hidup daripada pertandingan tersebut adalah wang tunai lumayan berjumlah 45.6 bilion won (RM161 juta). – K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN