fbpx

Bintang ternama meriahkan konsert 25 tahun Astro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACARA Astro 25 Concert pada 25 September nanti menggabungkan bintang-bintang popular dari dalam dan luar negara.

BINTANG popular K-pop, Kim Jong-kook bersama beberapa pemuzik terkenal antarabangsa seperti TOMORROW X TOGETHER, Jason Mraz, Pink Sweat$, Bazzi dan Jamie Miller bakal membuat persembahan pada Astro 25 Concert menjelang 25 September ini.

Acara tersebut akan turut dijayakan dengan penglibatan artis ternama tanah air iaitu Datuk Sheila Majid, Ella, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Datuk M. Nasir, Datuk Syafinaz, Erra Fazira, Anuar Zain, Ernie Zakri, Datuk Hattan, Misha Omar, Mugen Rao, Syamel, Zee Avi, Shio Yee, Liza Hanim, Hael Husaini, Datuk Aznil dan Zynakal.

Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario berkata, konsert berkenaan istimewa buat setiap pelanggan dan bakat-bakat tempatan dalam industri, khususnya yang selama ini setia menyokong stesen televisyen berbayar itu.

“Sebagai sebahagian daripada usaha Astro untuk meraikan rakyat Malaysia selama 25 tahun ini, kami teruja membawakan Astro 25 Concert, yang akan menyaksikan persembahan terhebat daripada artis naungan Astro. Mereka turut digandingkan dengan ramai nama hebat di rantau ini mahupun di peringkat antarabangsa.

“Seiring dengan tema sambutan ke-25 tahun Astro iaitu ‘Better Together’, kami percaya bahawa kita semua akan lebih baik jika terus kekal bersama.

“Konsert ini istimewa buat setiap pelanggan dan bakat tempatan dalam industri khususnya yang selama ini menyokong kami dalam misi memastikan rakyat Malaysia sentiasa terhibur dan kekal berinformasi ketika kami berusaha melebarkan sayap menjangkau televisyen dan radio,” katanya.

Acara konsert secara virtual tersebut akan disiarkan menerusi Astro 25 (saluran 100) dan platform Astro GO dengan menampilkan pengacara Nabil Ahmad, Ean, Arnold dan Aishah Sinclair.

Persembahan selama tiga jam turut menampilkan kumpulan Cantopop Hong Kong sensasi, Mirror, bintang Hong Kong, Ruco Chan dan pemenang TVB Stars Academy yang berusia 15 tahun, Gigi Yim.

Selain itu, kumpulan popular Indonesia, Dewa 19, Once Mekel, Slam, Taufik Batisah, Amir Masdi, Siti Nordiana, Naqiu, Yoke Chen, Sarah Suhairi, Santesh, Nicole Lai, Azharina, Han Byul, Noryn Aziz dan Aina Abdul juga tampil membuat persembahan.

Tidak ketinggalan, nantikan juga kemunculan pelawak terkemuka negara, Harith Iskander bersama pelakon komedi dan pengacara popular Singapura, Kumar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI