fbpx

Guna kaedah diplomasi untuk bawa pulang Sajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambri

PETALING JAYA – Kerajaan Malaysia perlu memberi sedikit tekanan kepada kerajaan Thailand agar tidak tunduk kepada mana-mana pihak, sebaliknya menghantar usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat pulang ke negara ini.

Pengerusi Pertubuhan Keilmuan Nasional, Zambri Mohd. Isa berkata, tekanan itu perlu diberikan dengan menggunakan kaedah diplomasi berunding dengan kerajaan Thailand segera dalam mengekstradisikan usahawan itu pulang untuk dihadapkan ke mahkamah.

“Isu tersebut melibatkan undang-undang antarabangsa dan diplomasi dua negara antara Malaysia dan juga Thailand, jadi jika Thailand mahu serahkan Sajat kepada negara ini, mesti kena ada perjanjian ekstradisi.

“Asas untuk membawa pulang seseorang yang mempunyai kes di negara ini bergantung kepada persetujuan antara kedua-dua negara melalui tandatangan persetujuan, namun tidak ada dalam klausa kes berkaitan dengan pertukaran seks dan menghina agama boleh diekstradisi dari Thailand ke negara ini,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut meluahkan rasa bimbang dengan kejayaan Sajat yang didakwa keluar dari negara ini melalui pintu sempadan negara yang dikatakan mudah dibolosi.

“Kejayaan Sajat keluar melalui pintu sempadan negara memberikan satu isyarat kepada kerajaan adakah pintu tersebut selamat atau sebaliknya kepada kegiatan-kegiatan lain yang boleh mengancam negara.

“Kalau Sajat mudah lolos apatah lain untuk kegiatan-kegiatan lain. Saya melihat bukan daripada sudut isu Sajat semata-mata, tetapi juga isu kedaulatan negara, soal keselamatan pintu sempadan negara adakah selamat atau tidak.

“Justeru itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu melihat secara serius berkenaan pintu sempadan negara sama ada wujud kelalaian dalam kalangan pihak berkuasa sendiri atau ada pihak yang mengambil kesempatan. Tindakan tegas perlu dilakukan agar sempadan negara tidak mudah dibolosi,” ujarnya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 Februari lalu, mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Bagaimanapun usahawan yang melarikan diri ke Thailand itu ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, bersama seorang lelaki warga Thailand yang berperwatakan seperti wanita ketika serbuan pihak imigresen.

Pada 9 September lalu, dia didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen, namun dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI