fbpx

Bhuvan Arora tak makan sebab SRK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BHUCAN ARORA hilang selera makan disebabkan berita palsui kematian SRK.

PELAKON Bhuvan Arora berkongsi suatu kisah ‘tragis’ yang menimpa dirinya sewaktu zaman kanak-kanak apabila tidak berselera untuk makan selama berhari-hari gara-gara terkejut selepas mendapat khabar berita mendakwa aktor kesayangannya, Shah Rukh Khan (SRK) telah meninggal dunia.

Ujar Bhuvan, dia sangat meminati SRK dan berasa sangat sedih apabila mendapat khabar berita bahawa Raja Bollywood itu meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

“Kerana terlalu sedih saya langsung tidak makan selama dua hari. Tetapi selepas mendapat tahu bahawa berita tersebut cuma khabar angin, saya berlari pulang ke rumah sambil menjerit,” ujarnya.

Selepas meningkat dewasa dan bergelar seorang pelakon, aktor yang pernah membintangi filem berjudul Naam Shabana itu berkongsi satu lagi kisah lucu yang berlaku antara dirinya dengan hero Dil To Pagal Hai itu.

“Saya pernah terpijak kasutnya ketika sama-sama menjalani sesi fotografi untuk mempromosikan filem Fan beberapa tahun lalu.

“Saya berasa sangat gementar ketika itu dan malu selepas terpijak kasut pelakon yang menjadi pujaan saya selama ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI