fbpx

Tular ‘pontianak’ jual bubur sagu tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga itu turut ketawa seperti pontianak sambil melayan pelanggan yang datang. - TikTok

JAKARTA – Seorang peniaga bubur sagu di Indonesia sanggup berpakaian dan mendandan wajahnya seperti hantu ‘pontianak’ untuk menarik pembeli ke gerainya, lapor laman Suara.com.

Menurut satu video yang dimuat naik di platform TikTok @khoirunnisa3288, pemilik akaun itu telah merakam aksi peniaga tersebut.

Perakam merupakan salah seorang pelanggan dan telah singgah ke gerai wanita itu untuk membeli juadah bubur sagu.

Selain mengenakan solekan menyerupai pontianak, wanita itu juga mengilai dan ketawa, menyebabkan aksinya menjadi perhatian orang ramai.

“Bubur sagu jualan cik pontianak,” demikian keterangan yang ditulis pada video tersebut.

Video itu sudah ditonton lebih 2.5 juta kali dengan 227,500 tanda suka.

Netizen juga meninggalkan pelbagai komen pada video tersebut.

“Saya tidak boleh membayangkan jika membeli bubur itu pada waktu tengah malam,” tulis seorang netizen.

“Selepas melihat dia ketawa, saya bukannya takut tetapi turut sama tertawa,” tulis seorang netizen lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI