fbpx

KPDNHEP pantau 20 syarikat besar ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZMAN Adam (dua dari kanan) memantau harga jualan ayam di Pasar Besar Mentakab di Temerloh, hari ini.

TEMERLOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau 20 syarikat besar pengeluar utama ayam segar di negara ini bagi menjamin kestabilan harga ayam.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP, Azman Adam berkata, setakat ini tiada masalah mengenai bekalan ayam dan hanya melibatkan permasalahan kenaikan komponen bekalan ayam yang diimport.

“Setiap syarikat besar ini yang menjadi indikator industri ayam mempunyai ratusan ladang ternakan membekalkan ayam segar kepada pengguna di negara ini.

“Pemantauan rapi setiap masa berkaitan kecukupan bekalan dan harga termasuk mengadakan sesi libat urus dengan pengeluar dilakukan untuk memahami masalah mereka,”katanya selepas melakukan pemantauan harga ayam di Pasar Besar Mentakab di sini hari ini.

Menurut Azman, syarikat terbabit memahami keadaan semasa dan kedudukan kementerian dalam memastikan kepentingan pengguna terjaga serta persaingan sihat dalam perniagaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPDNHEP telah mengeluarkan 164 notis semakan harga kepada pemilik premis dan peniaga ayam di seluruh negara susulan isu kenaikan harga ayam.

“Semua pemilik premis dan peniaga yang menerima notis itu memberi kerjasama baik dan kebanyakannya sudah mula menurunkan harga runcit ayam di bawah RM10,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI