fbpx

Bertunang, Britney Spears tutup Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRITNEY SPEARS dan Sam Asghari.

SELEPAS mengumumkan berita pertunangannya dengan kekasih hati, Sam Asghari, penyanyi terkenal Britney Spears kemudiannya serta-merta menutup akaun Instagramnya.

Tindakan penyanyi lagu Toxic itu sekali gus menyebabkan peminat tertanya-tanya apa yang berlaku kepada dirinya selepas akaun Instagramnya tidak dapat dikesan.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, penyanyi berusia 39 tahun itu muncul dengan satu hantaran yang dimuat naik dalam Twitter dan meminta para peminatnya supaya bertenang.

“Jangan bimbang saya akan segera kembali,” ujarnya.

Menurut sumber terdekatnya memberitahu, keputusan Spears untuk menutup akaun Instagramnya itu dbuat atas kerelaan sendiri tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

“Perkara itu (menutup akaun Instagram) dilakukan Spears untuk sementara waktu sahaja,” ujar sumber.

Minggu lalu, Spears mengejutkan peminat seluruh dunia apabila mengumumkan berita pertunangannya dengan Asghari, 27, yang merupakan seorang pelakon dan jurulatih kecergasan.

Mereka bertunang selepas empat tahun bercinta. Pasangan itu kali pertama bertemu di set penggambaran video muzik Slumber Party pada 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI