fbpx

Petugas jenazah Covid-19, penggali kubur pikul amanah besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas-petugas pengurusan jenazah Covid-19 melakukan solat dalam menyempurnakan jenazah pesakit di Hospital Selama baru-baru ini.

SELAMA – Penghargaan sewajarnya boleh dipertimbangkan kepada pihak pengurusan jenazah Covid-19 kerana proses menguruskan jenazah tersebut sukar dengan pematuhan SOP yang ketat seperti proses tayamum, solat dan mengebumikan jenazah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri Perak, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, para petugas ini telah melaksanakan amanah yang besar.

“Memetik Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, pengurus jenazah termasuk penggali kubur diberi penghargaan dan mereka merupakan petugas barisan hadapan juga.

“Sedangkan mengurus jenazah biasa pun meletihkan, ini pula bila kita menguruskan jenazah dengan mengenakan set pakaian perlindungan diri (PPE) penuh dari mula hingga selesai tugas,” katanya selepas selesai menguruskan jenazah Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tua, Bukit Bertam di sini semalam.

Dalam pada itu kata beliau, sehingga semalam sebanyak 13 kematian Covid-19 dicatatkan di bawah pengurusan Hospital Selama melibatkan jenazah berumur 14 tahun sehingga 83 tahun.

“Seramai 37 pesakit Covid-19 dari tahap satu hingga empat ditempatkan di wad Covid Hospital Selama dan kapasiti penuh setakat ini adalah sebanyak 68 katil,” ujarnya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI