fbpx

Isu harga ayam perlu perbincangan teliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (tengah) bergambar di atas bas persiaran yang diubah suai menjadi tempat suntikan vaksin di bawah program AiVAC di Dewan Serbaguna Kampung Raja, di sini, hari ini. FOTO / MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

CAMERON HIGHLANDS – Isu kenaikan harga ayam dan cara mengatasinya perlu dibincangkan secara lebih teliti kerana ianya mempunyai rantaian dengan sektor-sektor lain.

Antaranya membabitkan komponen bekalan makanan, tenaga kerja yang mencukupi dan lain-lain lagi.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, justeru
perlu ada keseimbangan antara kos yang ditanggung rakyat serta pemain industri ternakan.

Tegas beliau, ini bagi memastikan harga ayam di pasaran stabil serta tidak membebankan mana-mana pihak.

“Satu perbincangan menyeluruh antara kementerian ini bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kewangan perlu diadakan.

“Faktor berlakunya kenaikan harga ayam dan produk makanan juga perlu dilihat termasuk kos dan tenaga kerja yang mencukupi selain faktor-faktor berkaitan” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Program Vaksinasi Barisan Hadapan Industri Agromakanan (AiVAC) bagi sektor pertanian di Dewan Serbaguna Kampung Raja, Cameron Highlands di sini hari ini.

Sementara itu, Ronald memaklumkan pihaknya menyambut baik usaha KPDNHEP untuk berbincang dalam menyelesaikan isu kenaikkan harga ayam dan tidak menolak kemungkinan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI