fbpx

Terus wajibkan pelancong jalani ujian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi mengunjungi Pantai Chenang, Langkawi hari ini.

LANGKAWI – Kerajaan negeri berharap proses ujian pengesanan Covid-19 yang diwajibkan kepada pelancong sebelum masuk ke pulau peranginan ini diteruskan demi keselamatan semua.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, ujian tersebut yang dilakukan di pintu masuk ke pulau ini penting bagi mengelak berlaku penularan wabak di sini.

“Ujian pengesanan Covid-19 itu sangat memberi kesan dan manfaat kerana ada kes positif (Covid-19) kategori satu dan dua yang tidak bergejala dikesan.

“Kita dah buat persiapan di sini dan bila buat ujian, ada positif dan itu agak malang untuk mereka,” katanya ketika ditemui di Pantai Chenang di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau, ujian pengesanan Covid-19 perlu diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada semua.

“Saya harap ujian berkenaan diteruskan kerana ia memberi faedah. Kalau dia naik pesawat, satu pesawat terjejas dan jika turun di sini, dia bergerak dan akan beri kesan kepada orang ramai,” ujarnya.

Muhammad Sanusi pada masa sama meminta pelancong membuat ujian pengesanan bagi jenis Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) lebih awal.

“Sebolehnya mereka buat ujian pengesanan Covid-19 sebelum datang ke jeti dengan membawa dokumen keputusan ujian bersama.

“Kalau tidak buat awal, mereka terpaksa buat di situ (terminal feri) dan ia akan mengambil masa seterusnya mengganggu perjalanan serta mungkin terlepas feri,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI