fbpx

Sewa banglo RM2,000 lepas gian berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rupiah Abd. Wahid

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki sangup mengeluarkan belanja RM2,000 sehari bagi menyewa sebuah banglo mewah di kawasan perumahan elit di Taman Perling, di sini untuk menganjurkan parti liar bersama 13 individu yang lain, malam kelmarin.

Bagaimanapun, keseronokan sekumpulan individu itu yang berhibur dengan alunan muzik kuat beserta jamuan minuman keras dan dadah pelbagai jenis itu bertahan lama apabila banglo mewah itu diserbu polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Rupiah Abd. Wahid berkata, dalam serbuan pada pukul 2.30 pagi itu, polis menahan 14 suspek berusia lingkungan 20 hingga 41 tahun yang sedang asyik berparti.

“Semasa pasukan polis memasuki premis itu, didapati tujuh lelaki dan tujuh wanita tempatan sedang berhibur di ruang tamu dengan muzik dipasang kuat serta hidangan minuman keras.

“Hasil serbuan itu, pihak polis turut menjumpai sejumlah dadah jenis ganja, ketamin dan
ekstasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rupiah berkata, saringan ujian air kencing ke atas semua tangkapan mendapati lima orang lelaki positif dadah jenis Methamphetamine. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI