fbpx

Pekerja kelong hilang jatuh laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maritim Selangor melakukan pencarian dua pekerja kelong yang hilang selepas jatuh ke dalam laut di perairan Pulau Tengah, Pelabuhan Klang

KLANG – Dua pekerja warga asing dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika bekerja di sebuah kelong sekitar perairan Pulau Tengah di Pelabuhan Klang semalam.

Kejadian berlaku 4 petang dengan kedua-dua mangsa iaitu Priadi, 34, warga Indonesia dan Saw Bearry Htoo, 30, warga Myanmar dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan.

Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kepten Maritim Mohd. Rosli Kassim berkata, kedua-dua mangsa dikatakan dilihat kali terakhir memakai baju KS Aquaculture berwarna putih dengan seluar bewarna biru sebelum hilang di laut.

Katanya, operasi carilamat kemudiannya telah diaktifkan pada pukul 5.10 petang semalam.

“Kita memperluaskan operasi hari pada keluasan 19.22 batu nautika persegi dengan tertumpu di kawasan perairan Pulau Tengah.

“Bot Pengawal 26 dan dua unit jetski Maritim serta dibantu bot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Marin serta komuniti nelayan setempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang awam agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI