fbpx

Conte minat kemudi United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE mengakui berminat untuk membimbing United. – AFP

LONDON – Bekas pengendali Inter Milan, Antonio Conte dilaporkan berminat untuk menggalas tugas sebagai pengurus Manchester United sekiranya diberikan peluang.

Jurulatih berusia 52 tahun itu kini bebas daripada sebarang kontrak apabila membuat keputusan mengejut meninggalkan San Siro selepas membantu kelab itu menjulang gelaran Serie A selepas 11 tahun menanti musim lalu.

Conte memiliki pengalaman di saingan Liga Perdana Inggeris selepas membantu Chelsea menjulang kejuaraan pada musim 2016 pada musim pertamanya di Stamford Bridge selain mencatat rekod baharu kemenangan pa­ling banyak semusim untuk The Blues.

Laporan akhbar di London menyebut, Conte bersedia dan berminat untuk menerima jawatan di Old Trafford sekiranya pengurusan kelab itu mahukan khidmatnya.

Conte yang dikaitkan de­ngan kerusi pengendali Arsenal dikatakan tidak berminat untuk membim­bing pasukan itu yang dianggap tidak memiliki kemam­puan untuk memburu kejuaraan dan itu juga merupakan alasan yang digunakannya menolak tawaran daripada Tottenham Hotspur.

“Conte hanya mahu pasukan yang benar-benar mempunyai matlamat untuk memburu kejuaraan. Jadi, beliau tidak akan menerima tawaran Arsenal dan itu juga sebab mengapa dia menolak Spurs.

“Saya fikir beliau hanya akan menerima tawaran United jika mereka mahukan khidmatnya,” kata sumber berkenaan.

Bagaimanapun, pengurus semasa United, Ole Gunnar Solskjaer baharu sahaja menandatangani kontrak selama tiga tahun di Old Trafford dan sedang membentuk sebuah pasukan yang benar-benar mantap dengan kemasukan beberapa pemain baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI