fbpx

Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan seekor ular sawa sedang membelit kaki seorang lelaki yang sedang memancing.

PETALING JAYA – Satu klip video memaparkan seorang lelaki ‘berbual-bual’ dengan seekor ular sawa yang kelihatan membelit kakinya menimbulkan rasa kagum netizen baru-baru ini.

Laman Facebook Kisah Mancing Viral dalam satu hantaran berkata, lelaki berkenaan terpijak ular sawa itu ketika memacing di satu lokasi yang dipenuhi semak samun sebelum reptilia itu membelit kakinya.

“Terpijak ular ketika hendak memancing. Dia boleh selamba bercakap dengan ular itu suruh lepas. Boleh tahan ilmu abang ini,” tulisnya dalam kapsyen video berkenaan.

Menerusi video berdurasi 42 saat itu, lelaki tersebut turut kedengaran seolah-olah memujuk ular sawa itu supaya melepaskan kakinya

“Kuatnya lilit kaki aku. Eh lepaslah. Pergi sanalah,” katanya dalam video yang dikongsi lebih 690 kali.

Kebanyakan pengguna media sosial berkenaan memuji tindakan lelaki itu yang tidak mengasari ular sawa berkenaan sebaliknya bertindak melepaskan haiwan itu ke kawasan hutan berhampiran.

“Abang ini berilmu. Dia tahu apa yang dia buat. Ular sawa antara tempat kelemahannya ialah di bahagian leher. Cuba perhatikan betul-betul dari awal video sehingga dia campak ular itu,” ujar Duen Bidor.

“Bagi yang tiada ilmu, jangan dibiarkan sampai ular lilit kemas di celah paha. Bahaya. Di situ ada urat darah besar,” nasihat Omar Hakimi.

“Abang ini ada kemahiran untuk lepaskan lilitan ular. Kalau tidak tahu caranya memang ular itu tidak akan lepas,” komen Bocah Angon.

“Dia buat macam kucing peluk kaki saja. Bagus dia tak bunuh. Kita masuk tempat tinggal ular ini. Tidak perlu tangkap atau jual kerana banyak lagi cara hendak cari rezeki,” komen Syafie. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI