fbpx

Sekolah nak buka bising, pergi air terjun, bercuti tak takut pula! – Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUAHAN Michael dalam Instagramnya berhubung tindakan ramai ibu bapa membawa keluar anak-anak bercuti, tetapi tidak bersetuju dengan pembukaan sekolah secara bersemuka.

PETALING JAYA – Pengarah sensasi Michael Ang bengang dengan mentaliti sesetengah rakyat negara ini terutama golongan ibu bapa yang ‘bising’ apabila kerajaan memutuskan pembukaan semula sesi persekolahan bersemuka, tetapi dalam masa sama bertindak berani membawa anak-anak keluar bercuti.

Kata Michael, 45, ramai ibu bapa menyuarakan kebimbangan tentang tahap keselamatan anak-anak mereka di sekolah tetapi berpusu-pusu keluar bercuti selepas diberi kelonggaran oleh kerajaan.

“Selamat Hari Malaysia. Tapi layakkah kita sambut? Tak faham dengan mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Bila sekolah nak buka, ibu bapa bising pasal itu ini, keselamatan anak-anak.

“Bila kerajaan bagi kelonggaran, boleh pula bawa anak-anak kau pergi air terjun, bercuti, berkelah berpusu-pusu, tak takut pula!

“Tolong fahamkan aku pasal apa yang kalian fikir dan nak? Satu lagi, tempat awam bukan tong sampah kalian, janganlah jadi sampah masyarakat ya,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram sebentar tadi.

Perkongsian pengarah drama itu menerima respons daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan perkara tersebut.

Mereka menyifatkan rakyat negara ini gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selepas diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk melakukan aktiviti riadah apabila ramai bersesak-sesak di beberapa lokasi tumpuan seperti yang berlaku di Air Terjun Sungai Pisang, Batu Caves baru-baru ini.

“Ini bukan lagi kerajaan yang gagal. Hadap risiko sendiri lah. Tengok sungai penuh macam tu, kalau salahkan kerajaan juga tak tahu lah,” tulis seorang netizen.

“Tak tahu lah. Saya rasa nanti keluarlah tanda pagar rakyat gagal pula,” jawab Michael. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI