fbpx

Pekerja Loji Rawatan Air maut dipercayai terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mangsa bertugas maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Loji Rawatan Air Kampung Bukit Betong di Lipis semalam.

LIPIS – Seorang pembantu operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Betong di sini maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika membuat kerja di loji tersebut di Kampung Bukit Betong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa Roslan Ngah,57, sedang membaiki injap LRA berkenaan yang mengalami kerosakan.

“Semasa menjalankan kerja bersama seorang rakannya tiba-tiba mangsa terkena renjatan elektrik yang dipercayai mengalir di dalam air loji tersebut.

“Rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri naik ke atas sebelum pekerja lain di loji tersebut mematikan suis utama elektrik dan mengangkat mangsa ke atas untuk memberi bantuan penafasan (CPR),”katanya di sini, hari ini.

Menurut Azli mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Betong di sini untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes tersebut.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI