fbpx

‘No money no talk’, jujur syarat Kacak untuk bakal bapa tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAKSI anak bongsu Vida, Kacak tentang bakal bapa tirinya mencuit hati netizen.

PETALING JAYA – Selepas Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin dilihat tidak mempersetujui keputusan ibunya, Datuk Seri Vida untuk berkahwin dengan bekas pembantu peribadi, kini giliran anak lelakinya pula membuka mulut.

Menerusi muat naik dalam aplikasi TikToknya, Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zecquan mengakui boleh sahaja bersetuju dengan pilihan ibunya untuk berkahwin dengan Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, namun ada ada syaratnya.

Paling tidak disangka remaja berusia 14 tahun itu berkata: No money, no talk (tak ada duit diam).

“Kacak, bapak baru Kacak. Dapat bapak baru best Kacak. Kacak bila mama kahwin Kacak, apa perasaan Kacak dapat bapak baru Kacak? Bapak, bapak, bapak kau!.

“First of all (pertama sekali), saya nak cakap, kalau mama nak kahwin, I am just gonna agree with it (saya akan setuju dengan pilihannya). But not gonna agree macam tu je lah (tapi tidak akan setuju sembarangan sajala).

“If he wants my mom, then give me some of this (duit). (Jika dia mahukan ibu saya, jadi berilah saya duit). No money, no talk. (tiada duit diam).

“Give me some money and i will agree with everything. (Beri saya sedikit duit dan saya akan setuju dengan semuanya). Saya bukan pisau cukur, but money works you know, (tapi duit segalanya),” katanya dalam nada bergurau.

Video berdurasi 58 saat itu meraih lebih 20,000 tontonan menerusi aplikasi tersebut dan rata-rata pengikut terhibur dengan aksi dan gurauan remaja berumur 14 tahun itu.

“Hahaha jujur sangat tu Kacak. Lawaklah awak ni. Ini yang dikatakan bila anak lebih cerdik dari orang tua,” tulis netizen.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Vida mengesahkan akan berkahwin dengan Iqbal menjelang Disember ini dan mengimpikan sebuah perkahwinan ‘wedding of the year.’

Vida sebelum ini pernah meluahkan kerisauannya tentang persetujuan Cik B dan berharap anak gadisnya itu lembut hati dengan perancangannya untuk menamatkan status ibu tunggal sejak…

Hubungan Vida dan Iqbal mula menjadi perbualan sejak dua minggu lalu apabila usahawan sensasi, Datuk Aliff Shuki membocorkan perkara tersebut menerusi satu siaran langsung Instagram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI