fbpx

Grab, KPDNHEP jayakan Promosi Minggu Peniaga Kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gimik pelancaran promosi Minggu Peniaga Kecil bulan September yang dijayakan bersama Grab dan KPDNHEP.

PETALING JAYA – Promosi ­Minggu Peniaga Kecil anjuran Grab Malaysia pada bulan September ini dijangka memanfaatkan kira-kira 39,000 peniaga ­kecil.

Pengarah Urusan Grab Malaysia (Grab), Sean Goh ber­kata, usaha ini bertujuan untuk membantu peniaga kecil dalam bidang makanan dan minuman (F&B) tempatan membiasakan diri dalam norma baharu serta untuk memenuhi permintaan dalam perkhidmatan online yang terus meningkat pada masa sekarang.

Menurut beliau, dari tarikh 24 hingga 30 September, pengguna Grab boleh menikmati poto­ngan sebanyak 30 peratus untuk pesanan melebihi nilai RM20 dengan kod promosi PENIAGA­KECIL.

“Semasa GrabFood memulakan operasinya, kami ingin mencipta suatu rangkaian yang telus dengan mengenakan caj berdasarkan pesanan yang terlaksana dan bukan sekadar klik atau pandangan sahaja.

“Kami juga berharap model kejayaan bersama ini akan dapat membina platform yang kondusif untuk semua perniagaan sama ada besar atau kecil agar mereka dapat berkembang maju secara online,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena pelancaran kempen Minggu Peniaga Kecil hasil kerjasama antara Grab dengan Kementerian Perdaga­ngan Dalam Ne­geri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi membantu memajukan peniaga kecil dan pengendali bisnes F&B secara online.

Selain itu, Goh menjelaskan, Grab telah melaksanakan program perintis Minggu Peniaga Kecil sebelum ini berlangsung dari bulan Mei hingga Ogos 2021 lalu.

Melalui program tersebut, bilangan peniaga kecil yang telah menyertai program tersebut meningkat sebanyak lima kali ganda.

Pada masa sama, hasil pendapatan mereka juga meningkat sebanyak 30 peratus secara purata.

Ini bermakna, peluang pendapatan terbuka luas untuk rakan penghantar Grab

“Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, sebanyak 10,000 peniaga kecil telah menerima rebat khas Peniaga Kecil Relief dengan setiap pesanan promosi yang mereka terima.

“Promosi ini juga telah menarik 70 peratus pelanggan baharu untuk mencuba tawaran yang disaji oleh peniaga kecil,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI