fbpx

Dicekup semasa khayal pil kuda, mabuk ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daun ketum, ubat batuk dan pil kuda yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pasong Hantu, Rantau Panjang semalam.- Foto IHSAN POLIS

RANTAU PANJANG – Tiga lelaki yang sedang leka menghisap dadah jenis pil kuda dan minum air ketum ditahan polis semasa melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Pasong Hantu di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 11 malam itu, polis merampas 55 biji pil kuda, kodien atau ubat batuk (100 mililiter), air ketum (1.5 liter) dan daun ketum (1 kilogram).

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, polis menjalankan serbuan ke rumah itu selepas menerima maklumat mengenai kegiatan melibatkan dadah dan ketum di situ.

Menurutnya, apabil tiba lokasi serbuan, anggota polis mendapati tiga lelaki berusia 19, 21 dan 23 tahun sedang menghisap dadah dan minum air ketum di dalam rumah berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut di bahagian ruang tamu, polis menemui satu peket plastik berwarna hijau mengandungi pil kuda.

“Selepas itu, polis meneruskan pemeriksaan di bahagian dapur rumah sebelum menjumpai ubat batuk, air dan daun ketum.

“Ujiam saringan air kencing mendapati dua daripada tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, selain itu, suspek berusia 21 dan 23 tahun itu juga mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

Ujarnya, salah seorang suspek mengaku barang kes yang dijumpai adalah miliknya dan polis sedang mengesan pembekal dadah tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI