fbpx

Kabinet lulus naik had statutori hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

PETALING JAYA – Majlis Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan untuk menaikkan had statutori hutang Kerajaan Persekutuan kepada 65 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) daripada 60 peratus ketika ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Kabinet turut meluluskan  cadangan bagi meningkatkan had siling Kumpulan Wang Covid-19 daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion.

“Pindaan RUU (Rang Undang-Undang) ini akan dibentangkan untuk kelulusan Dewan Rakyat pada Oktober ini,” katanya ketika menyampaikan Laporan Laksana ke-68 yang dibuat secara maya menerusi saluran media sosial petang tadi.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul mengulangi bahawa Kementerian Kewangan telah mengarahkan institusi perbankan untuk mengusahakan pengecualian bayaran faedah bagi penerima moratorium pinjaman bank dengan segera.

“Ini melibatkan penerima moratorium dari kumpulan 50 peratus terbawah daripada keseluruhan rakyat Malaysia untuk sepanjang tempoh tiga bulan pada suku ke-4 2021,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI